Rabu, 26 November 2014

Petua Untuk Merawat Keputihan Wanita

Assalammualaikum wbt & salam sejahtera..

Keputihan adalah suatu yang amat merunsingkan.. Jom kita tengok apakah itu keputihan???

Masalah keputihan atau dalam bahasa perubatan ialah Leucore atau Flour Albus. Ia adalah cecair yang keluar dari vagina atau kemaluan wanita secara berlebihan. Masalah ini jika tidak dirawat diperingkat awal boleh mendatangkan masalah seperti masalah kesuburan ataupun masalah hubungan intim suami isteri.

Ada yang berpendapat dengan memakai pantyliner sahaja masalah keputihan dapat di atasi. Tahukah anda bahawa keputihan yang semakin banyak, bewarna kekuningan atau kehijauan dan mengeluarkan bau, menyebabkan sekitar kemaluan menjadi gatal dan berasa tidak selesa. 

Punca Yang Menyebabkan Keputihan Terjadi


Biasanya dikaitkan dengan stress atau tekanan. Biasanya orang yang mengalami stress keputihan semakin meningkat.

Petua Tradisional Untuk Menghilangkan Keputihan



1. Daun Pegaga
- Ambil secekak daun pegaga, dibersihakan dan direbus bersama akarnya sekali dengan 2 gelas air dan sedikit garam sehingga mendidih. Biarkan sejuk.. Minum air rebusan tersebut 2 kali sehari sehingga masalah keputihan dapat diatasi.. Insyaallah..


2. Daun Sireh
- Ambil beberapa helai daun sireh dan ramaskan di dalam air. Kemudian tapis air tersebut dan air tersebut digunakan untuk mencuci kemaluan. Ulangi sehingga masalah ini dapat di atasi.. Insyaallah..


** Suppliment Shaklee yang boleh mengatasi masalah keputihan ialah Alfalfa dan Garlic Complex...



Sebarang pertanyaan hubungi saya melalui sms/whatsap/email :- 
Mila Hp: 013-331 0097 
Email: mila.baha@gmail.com 


*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Cadangan Set Kencing Manis Shaklee

Assalammualaikum wbt & salam sejahtera..

Jom kita tengok suppliment shaklee yang sesuai untuk pesakit diabetes atau kencing manis. Set Cadangan untuk pesakit diabetes atau kencing manis adalah seperti berikut:-

GLA Complex
- Menghalang komplikasi diabetes, merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan di usia tua.

       
B Complex
- Menukarkan makanan kepada tenaga iaitu menukar  lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan.

     
Zinc Complex
- Membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin dan seterusnya memperbaiki diabetes.




Bagi yang mempunyai budget lebih, disarankan ambil Vivix Shaklee. Hanya sesudu teh sehari memastikan kesihatan yang menyeluruh.


Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya melalui sms/whatsap/email :- 
Mila Hp: 013-331 0097 
Email: mila.baha@gmail.com 

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.



Selasa, 25 November 2014

Khasiat Timun

Assalammualaikum wbt & salam sejahtera..

Timun mempunyai adalah sejenis sayuran yang mempunyai  pelbagai khasiat dan mudah didapati. Jom kita tengok antara khasiat timun.

Membantu Melawaskan Air Kencing

- Timun boleh membantu melawaskan air kencing. Caranya ialah dengan mencampurkan satu gelas pati timun dengan 1 sudu teh madu dan 1 sudu teh limau nipis. Ia hendaklah diminum dua kali sehari.

Merawat Ulser Mulut

- Bagi sesiapa yang mengalami masalah ulser mulut boleh cuba petua tradisional dengan memakan timun begitu sahaja. 

Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi

- Kepada yang mengalami masalah tekanan darah tinggi disyorkan meminum air timun 2-3 kali sehari. Insyaallah akan berkurangan.

Petua Untuk Kurangkan Pahit Timun

- Bersihkan dahulu timun, kemudian potong bahagian hujung timun dan gosokkan sehingga seperti keluar buih putih. Buat di kedua-dua belah hujung. Selepas itu boleh di potong seperti biasa.

Sumber : Google



Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya melalui sms/whatsap/email :- 
Mila Hp: 013-331 0097 
Email: mila.baha@gmail.com 

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Isnin, 24 November 2014

Resepi Puding Caremal Tanpa Telur

Assalammualaikum wbt & salam sejahtera..

Puding Caremal.. Hari cuba buat Puding Caramel tanpa telur.. Puding nie guna serbuk agar-agar untuk gantikan telur. Jom kita tengok bahan2 dan cara nak buatnya..

Puding Caramel tanpa telur

Bahan A

2 senduk gula
1/2 cwn air

Bahan B

1 bungkus agar-agar serbuk
4 cawan air
2 1/2 senduk gula
Bahan C

1 tin susu cair(lebih kurang 400g)
2 sudu makan tepung kastard
1 sdt vanilla
(Campur sebati semua bahan C)As
Cara membuatnya:
1..Hanguskan gula macam buat karamel utk puding karamel yang lain...biasanya saya hanguskan gula terus atas acuan,bila dah warna coklat kemasan tuang sedikit air pastu ketepikan
2.Dalam periuk didihkan bahan B. kecilkan api kemudian masukkan bahan C. kacau rata selama lebih kurang 3 minit @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus.
3.Bekukan sebentar dan hidang. Sedap juga dihidangkan sejuk2..

Ok, selamat mencuba...


Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya melalui sms/whatsap/email :- 
Mila Hp: 013-331 0097 
Email: mila.baha@gmail.com 

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.





Ahad, 23 November 2014

Asparagus Mengandungi Anti Oksida Yang Tinggi

Assalammualaikum wbt & salam sejahtera..


Asparagus merupakan sejenis sayur yang berbatang tetapi mempunyai pucuk yang tirus. Ia diklasifikasikan sebagai sayur-sayuran kerana pucuknya boleh dimakan dengan mengutip bahagian pucuk muda yang keluar dari pangkal pokok.


Terdapat dua jenis asparagus iaitu yang berwarna hijau dan putih. Ketebalan batang asparagus menunjukkan usianya.

Kulit batang yang tebal adalah daripada asparagus tua. Kebiasaanya hanya bahagian lembut sahaja yang boleh dimakan. Jika anda membeli asparagus, bengkokkan batang asparagus dan ia akan patah. Bahagian dari pucuk hingga bahagian yang patah itu adalah bahagian boleh dimakan.


Selain itu bagi menjimatkan agar ia tidak membazir, bahagian batang yang keras itu boleh dikupas. Jadi bahagian luar yang berserat itu dapat dibuang dan bahagian yang telah dinipiskan itu adalah bahagian yang lembut yang boleh dimakan, tidak berserabut dan senang dikunyah.

Banyak jenis makanan yang boleh disediakan daripada asparagus, antaranya gril, bakar, goreng, dikisar untuk dijadikan sup atau dijadikan jeruk.

Pastikan asparagus dibasuh dengan bersih terutamanya di bahagian bawah batangnya kerana takut terdapat pasir dan lumpur.

Antara kelebihan makan asparagus ia dapat melancarkan sistem pencernaan. Selain itu ia kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, natrium, kalium, vitamin A, vitamin C dan niasin.

Asparagus juga mengandungi tinggi anti oksida yang dapat menghalang serangan radikal bebas yang boleh membawa banyak penyakit. 




Sumber : Google
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya melalui sms/whatsap/email :- 

Mila Hp: 013-331 0097 
Email: mila.baha@gmail.com 


*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Sabtu, 22 November 2014

Sayur-sayuran

Assalammualaikum wbt & salam sejahtera..

KHASIAT sayur-sayuran memang  telah diakui dapat membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan kita. Namun, masih ramai lagi yang membenci sumber penting ini untuk diamalkan dalam diet seharian.

Alasannya, pahit, enak dan tekak tak boleh terima dan lantas mereka lebih rela mengasingkannya daripada  hilang selera untuk makan. Apa-apa pun, mereka harus menerima hakikat bahawa tubuh badan sememangnya memerlukan sayur untuk hidup sihat.


Sumber : Google

*****Bagi yang tak boleh makan sayur-sayuran boleh ambil suppliment tambahan shaklee .


Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya melalui sms/whatsap/email :- 
Mila Hp: 013-331 0097 
Email: mila.baha@gmail.com 

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Jumaat, 21 November 2014

Khasiat Dan Kebaikan Telur Yang Perlu Diketahui

Assalammualaikum wbt & salam sejahtera...
Hari ini nak cerita berkenaan khasiat dan kebaikan telur. Ramai yang sudah tahu tentang khasiat dan kebaikan telur. Siapa yang tak tau kan.. Tapi nak kongsi pada sesiapa yang belum tahu.. jomm kita tengok..
Telur adalah salah satu makanan yang paling mudah untuk ditemui di mana-mana. Namun tahukah anda bahawa telur yang biasa anda makan setiap hari memiliki banyak manfaat dan kegunaan yang baik untuk tubuh badan, dan juga boleh dimanfaatkan untuk kecantikan.
Ini kerana menurut pakar gizi, Amanda Ursell, memberi sarapan telur rebus kepada kanak-kanak sebelum ke sekolah dapat membantu mereka memberi tenaga dan meningkatkan daya pemikiran mereka.
Kat sini nak kongsi beberapa manfaat telur..
Telur menghilangkan jerawat
Untuk menghilangkan jerawat mudah sahaja. Caranya gunakan putih telur dan sapukan di wajah anda, kemudian biarkan selama beberapa minit sebelum bilas. Ia bukan sahaja mampu menghilangkan jerawat, malah ia akan membuat kulit lebih lembut dan anjal.
Baik untuk mata
Telur juga mempunyai khasiat yang bagus untuk mata. Ini kerana Karotenoid yang ada pada kuning telur, khususnya Karotenoid lutein danzeaxanthin, sangat bermanfaat bagi kesihatan mata. Menurut para penyelidik, Karotenoid dapat menurunkan risiko penyakit ‘age-related degeneration’ dan katarak. Zat ini berfungsi sebagai antioksidan untuk mata, melawan radikal bebas yang dapat meresap ke beberapa bahagian pada retina sehingga dapat mempengaruhi kemampuan mata untuk fokus.
Menjaga berat badan agar tetap sihat
Telur adalah sumber terbaik dari protein lengkap yang mengandungi semua asid amino esensial bagi tubuh manusia. Telur dapat membantu mengawal tubuh menyerap kalori. Telur mempunyai kandungan gizi yang tinggi dan baik bagi anda yang ingin menurunkan berat badan.
Telur baik untuk rambut dan kuku 
Telur juga mampu menjaga kesihatan rambut dan kuku anda kerana telur mengandungi sulphur yang tinggi, dan mempunyai pelbagai vitamin serta mineral.



Sumber : Google



Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya melalui sms/whatsap/email :- 
Mila Hp: 013-331 0097 
Email: mila.baha@gmail.com 

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.



Khamis, 20 November 2014

Masalah Dan Punca Rambut Gugur

Assalammualaikum wbt & salam sejahtera

Aduh!!! dari hari ke hari rambut semakin nipis, hampir menampakkan kulit kepala akibat keguguran rambut yang agak kritikal. Suatu yang menakutkan, tambah merunsingkan turut menghadapi masalah kelemumur. Kelemumur juga boleh menambahkan lagi masalah rambut gugur akibat kulit kepala yang tidak sihat. Nak biar ia semakin menipis ataupun nk cari penyelesaian kepada masalah rambut gugur yang kronik?


Sumber : Google

Antara punca rambut gugur dan kulit kepala berkelemumur adalah disebabkan oleh

  1. Genetik 
  2. Tekanan atau stress
  3. Hormon yang tidak stabil 
  4. Kekurangan nutrisi tertentu akibat diet yg tidak betul
  5. Pengambilan ubat-ubat tertentu
  6. Penggunaan product rambut yg kerap seperti pewarna rambut, penyembur rambut dan bahan untuk menukar rambut dari kerinting kepada lurus dan sebaliknya
  7. Kurang mencuci rambut menyebabkan minyak dan sel kulit daripada kulit kepala akan terbina, menyebabkan kelemumur.


Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah keguguran rambut dan kelemumur yang teruk? Anda boleh cuba  product Shaklee iaitu Zink Complex dan B Bomplex. 

               



Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya melalui sms/whatsap/email :- 
Mila Hp: 013-331 0097 
Email: mila.baha@gmail.com 

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.




Selasa, 18 November 2014

Atasi Masalah Kolestrol Dengan Phytocol-ST Shaklee

Assalammualaikum wbt & salam sejahtera...

Betapa jahatnya Kolestrol-Kolestrol dalam badan kita jika dibiarkan begitu sahaja . Ini berkait rapat dengan cara pemakanan dan gaya hidup yang diamalkan oleh rakyat Malaysia dalam rutin harian mereka . Ciri-ciri kolestrol yang tinggi ialah

Rasa berat di tengkuk hingga rasa sengal di bahu

Sebahagian besar orang merasakan berat di kepala dan sakit-sakit sebagai gejala awal. Gejala ini muncul sebagai akibat kurangnya oksigen.

Cepat Mengantuk

Terutama bila kadarnya sudah tinggi sekali, misal trigliserida yang normalnya dibawah 200 mg atau 150 mg, ada yang sampai 600 atau 700 mg itu biasanya akan mengantuk. Hal ini biasanya terjadi kerana kurangnya pengaliran oksigen ke otak akibat pembuluh darah yang menyempit kerana adanya timbunan lemak akibat kolestrol.

Kesemutan
Kadang-kadang kesemutan juga boleh terjadi kerana darahnya agak pekat. Kadar kolestrol yang tinggi dapat menyebabkan aliran darah menjadi pekat sehingga oksigen menjadi kurang.


Timbunan lemak di atas kelopak mata
Secara klinikal ada beberapa hal yang boleh dijadikan petunjuk awal seseorang memiliki kolestrol tinggi, aitu adanya timbunan lemak di atas kelopak mata. Biasanya timbunan ini mengandungi kadar trigliserida (molekul asam lemak) yang tinggi.

Mudah Letih
Ketika plak terbentuk di dinding arteri, boleh menyebabkan keadaan seperti atherosclerosis, penyakit jantung koroner (PJK) dan penyakit mikrovaskuler koroner atau coronary microvascular disease (CMD). Keadaan seperti inilah yang menyebabkan badan terasa mudah letih.

Sering Sakit Kepala
Ini kerana kolestrol yang tinggi dalam darah menyebabkan terjadinya penimbunan plak-plak di pembuluh darah arteri sehingga menyebabkan terjadinya artherosclerosis. Keadaan ini membuat arteri akan menyempit dan membuat aliran darah ke kepala dan otak berkurang, sehingga menyebabkan rasa sakit di kepala.

Kaki Bengkak
Kaki merupakan organ tubuh yang paling jauh dari jantung. Ketika pembuluh darah menyempit dan pengaliran oksigen berkurang, maka tentu saja yang paling sedikit mendapatkan darah adalah kaki. Hal ini akhirnya menyebabkan kaki terlihat membengkak. Keadaan ini hampir sama dengan ketika anda terlalu lama duduk ketika perjalanan jarak jauh, terutama di kelas ekonomi.


Bagaimana Phytocol-ST Shaklee Boleh Membantu Anda 

Sekiranya anda ingin menurunkan kadar kolestrol pada badan anda tanpa ubat atau secara semula jadi , anda harus dingatkan bahawa suplemen  yang dapat membantu mengatasi masalah anda



200 Batang Lobak 70 keping Roti gandum 425 biji tomato yang perlu anda makan bagi mendapatkan Filosterol secukupnya untuk makanan seharian .

Gambar di atas menunjukkan khasiat yang diperlukan untuk mendapatkan Filosterol yang secukupnya . Soalan saya , Mampu ke habiskan semua ini dalam masa 1 hari sahaje ?

Phytocol ST keluaran Shaklee adalah pilihan semulajadi TERBAIK dengan membekalkan 2000mg fisoterol setiap hari dan disarankan 100% oleh Institut Kesihatan  Kebangsaan Amerika ( NIH ) .

Ia amat efektif bagi mereka yang mengamalkan diet rendah lemak tepu dan rendah kolestrol disamping serat larut , bersernam dan penurunan berat badan .

Phytocol ST ini juga bebas gluten dan untuk mengoptimumkan manfaat Phytocol St ini , Pengunaan Omega guard dan CoQ Health dapat membantu dan tiada sebab kenapa anda tidak boleh mengambil kedua-dua produk ini demi menjaga kesihatan anda








******P/S ELAKKAN MAKANAN FAST FOOD AIR BERKARBONAT.BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG. 




Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya melalui sms/whatsap/email :- 
Mila Hp: 013-331 0097 
Email: mila.baha@gmail.com 

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.




Tips - Mengatasi Masalah Alahan/Mabuk Ketika Mengandung

Assalammualaikum wbt & salam sejahtera...

Alahan/mabuk/morning sickness semasa mengandungi ini biasanya di alami oleh ibu hamil pada trimester 1 (1-3 bulan pertama). Biasanya ibu hamil akan rasa loya, pening, sebu perut di waktu pagi. Punca utama alahan ketika hamil adalah disebabkan oleh kehadiran hormon hCG, dirembeskan dalam kuantiti yang banyak ketika di awal kehamilan.


Petua untuk Mengatasi atau menghilangkan alahan ketika mengandung :


  • Apabila bangun tidur pada waktu pagi, bangun secara perlahan-lahan, makan sedikit biskut biskut dan rehat 10-15 minit kemudian barulah bangun.
  • Makan sedikit tetapi kerap supaya perut tidak kosong. Contohnya, makan sedikit setiap 2 jam walaupun tidak lapar. Jika boleh elakkan mengambil makanan pedas, berlemak atau bergoreng.
  • Jika tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas.
  • Petua menghidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
  • Minum air masak banyak untuk menggantikan bendalir badan yang hilang dan juga mengelakkan sembelit.
  • Elakkan minum ketika makan, sebelum dan dan selepas makan. Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.
  • Pastikan waktu rehat yang cukup kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
  • Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain (jika ada). pastikan peruntukkan masa untuk berehat.
  • Elakkan berada di tempat panas kerana alahan akan bertambah teruk.
  • Bergerak dengan perlahan dan dapatkan sokongan daripada individu yang rapat antaranya suami, ibu bapa ataupun rakan.

Selain itu, bakal-bakal ibu yang mengalami masalah alahan teruk ketika hamil juga boleh dapatkan produk shaklee ini bagi mengurangkan masalah alahan yang dialami.

Cadangan produk shaklee untuk mengatasi masalah alahan/ morning sickness ketika kehamilan:





Kebaikan Peppermint Ginger Plus :

  • Ia tidak mengganggu bayi kerana ia diperbuat dari bahan semulajadi dan mempunyai sijil KKM. Direka khas oleh pakar herba untuk mengurangkan "morning sickness" para ibu ketika hamil.
  • Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut.
  • Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.



Kebaikan B-Complex :


Kajian menunjukkan bahawa 1/3 daripada wanita yang mengambil Pyridoxine berjaya mengurangkan masalah "morning sickness" yang dihadapi oleh mereka ketika hamil. Pyridoxine ini adalah salah satu komponen dalam Vitamin B iaitu B6. Kebaikan Pyridoxine akan diperolehi secara optimum jika diambil bersama Asid Folik (B9), Niacin (B3) dan Cobalamin (B12).



Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya melalui sms/whatsap/email :- 
Mila Hp: 013-331 0097 
Email: mila.baha@gmail.com 

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.






Isnin, 17 November 2014

Tanda-tanda Kencing Manis

Assalammualaikum wbt & salam sejahtera..
Tanda-tanda atau simptom kencing manis kadang-kadang terlalu sukar untuk dikesan sehinggakan pesakit tidak sedar mereka menghidapinya sehinggalah penyakit itu sampai ke tahap yang sangat serius. Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar.Oleh itu adalah penting untuk anda megenalpasti tanda-tanda tersebut untuk mengelakkan anda dari menjadi mangsa kencing manis.

TANDA-TANDA PENYAKIT KENCING MANIS

  1. Paras gula darah tinggi
    Cara terbaik untuk memeriksa tahap gula dalam darah anda adalah dengan dibuat ujian oleh doktor anda. Selepas anda memakan makanan, tahap gula darah secara semulajadi akan meningkat. Walau bagaimanapun, tahap gula darah yang tinggi secara berterusan sepanjang hari adalah tidak normal.
  2. Dahaga yang berlebihan dan kerap kencing pada waktu malam
    Kerap ke bilik air di waktu malam diikuti dengan dahaga yang berlebihan pada boleh menjadi gejala diabetes. Dahaga yang berlebihan ini tidak hilang walaupun setelah meminum air yang mencukupi sebelum tidur.
    Hilang berat badan secara tiba-tiba
  3. Tahap gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang cepat, disekitar 2-3 kg dalam dua atau tiga bulan. Sesetengah orang mungkin gembira tetapi ini bukanlah kehilangan berat badan yang sihat.
    Oleh kerana hormon insulin yang tidak membekal glukosa ke dalam sel-sel di mana ia boleh digunakan sebagai tenaga, badan menganggap ia kelaparan lalu menguraikan lemak pada otot sebagai sumber tenaga alternatif.
  4. Sentiasa rasa lapar
    Apabila pesakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin seperti kebiasaan, glukosa tidak dapat diproses oleh badan seperti biasa, menyebabkan tahap gula dalam darah untuk kadang-kadang jatuh.
    Apabila tahap gula dalam darah menurun secara tiba-tiba, badan menganggap bahawa anda kelaparan dan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi. Isyarat ini diterjemahkan oleh badan sebagai rasa lapar.
  5. Luka lambat sembuh
    Ini adalah tanda klasik kencing manis. Ia berlaku kerana saluran darah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan bergerak di dalam urat dan arteri. Ini menyukarkan darah yang diperlukan untuk membantu penyembuhan, untuk sampai ke anggota-anggota di badan.
  6. Keletihan dan cepat marah
    Usaha tambahan badan anda untuk mengimbangi kekurangan glukosa akan membuat anda letih. Bangun tidur untuk pergi ke bilik air beberapa kali pada waktu malam juga akan membuat anda letih kerana ia mengganggu tidur anda. Sememangnya, letih sepanjang masa akan membuat sesiapapun cepat marah.
  7. Terdedah kepada jangkitan kulat
    Wanita khususnya, perlu berhati-hati untuk jangkitan yis (candida) pada faraj. Diabetes melemahkan imunisasi, ini bermakna anda mudah mendapat pelbagai jangkitan, yang paling biasa ialah yis (candida) dan jangkitan kulat yang lain.
  8. Penglihatan kabur
    Apabila glukosa dalam darah adalah tinggi, ia mengubah bentuk kanta dan mata, menyebabkan penglihatan kabur.
    Walabagaimanapun ia akan kembali kepada asal apabila tahap gula dalam darah kembali normal atau hampir normal. Gula darah yang tinggi, sekiranya dibiarkan untuk tempoh yang panjang, akan menyebabkan kerosakan kekal, mungkin juga buta.
  9. Sensasi pada tangan dan kaki
    Kesemutan, kebas, kesakitan membakar atau bengkak pada tangan dan kaki: Ini adalah tanda-tanda bahawa saraf dirosakkan oleh kencing manis. Sama seperti penglihatan, jika tahap gula darah dibiarkan tinggi terlalu lama, kerosakan saraf juga akan kekal.
  10. Kulit merengsa
    Ini boleh menjadi tanda amaran kencing manis atau masalah kulit yang lain seperti acanthosis nigricans. Kulit di sekitar leher atau bahagian ketiak menjadi gelap. Pada tahap ini seseorang itu sudah mula mengalami proses penentangan insulin walaupun gula dalam darah mereka mungkin tidak tinggi.

Cadangan Set Kencing Manis Shaklee 


B Complex - Membantu menukar gula kepada tenaga dan membantu mengurangkan keletihan.

GLA Complex - Membantu menghalang komplikasi diabetes dan memberikan kesan positif kepada pesakit diabetic nueropathy.

Zinc Complex - Membantu menghasilkan insulin dan membantu pemulihan luka.


 



Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya melalui sms/whatsap/email :
Mila Hp: 013-331 0097 
Email: mila.baha@gmail.com 

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.