Jumaat, 24 Oktober 2014

17 Cara Mencuci Hati Dari Datuk Dr. Fadzilah Kamsah

Assalammualaikum wbt & salam sejahtera...

Setiap aspek di dalam kehidupan kita bermula dengan hati. Oleh itu saya nak kongsi beberapa cara mencuci hati yang di olah oleh pakar motovasi Datuk Dr Fadzilah Kamsah sebagai renungan kita bersama.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa - Ini merupakan salah satu kaedah  yang sungguh berkesan dan semasa berdoa katakan ' Ya Allah Jadikan Lah Hatiku Bersih'.


2. Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100x sebelum tidur - Ini merupakan pelaburan yg paling mudah dan murah. Disamping dosa di ampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita serta boleh mencetuskan semua kebaikan.


3. Solat Taubat - Selain daripada memohon keampunan, mencuci hati dan menenangkan minda.


4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga dapat menenang jiwa, penyembuh dan terapi. 


5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari. Semasa meminta maaf disebutkan.


6. Bisikan kepada diri perkara yang positif. Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan dari sendiri.. Katakan lah ' Aku sebenarnya ------ (perkara yang elok2)


7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan dalam hati ' Ya Allah cuci otak ku, hatiku, esok aku nak jadi baik, ceria, bersemangat, aktif dan positif'. Menurut kajian, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakam sepanjang tidur sehingga esok harinya..


8. Berpuasa - Sekiranya berpuasa akan terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.


9. Cuba ingat tentang mati (sekiranya hendak melakukan kejahatan)


10. Kekalkan wuduk.


11. Bersedekah


12. Belanja orang makan.


13. Jaga pemakanan - jangan makan makanan yang subhat.


14. Berkawan dengan ulama.


15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)


16. Pesan pada orang, jadi baik.


17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut...dsb) jangan dengar orang mengumpat..









Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya melalui sms/whatsap/email :- Mila Hp: 013-331 0097 Email: mila.baha@gmail.com *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan