Khamis, 16 Oktober 2014

Eczema Pada Kanak-kanak

Assalammualaikum wbt & salam sejahtera..

Apakah itu eczema??  Eczema adalah masalah kulit yang biasa dialami oleh bayi, kanak-kanak dan tidak terkecuali orang dewasa. Biasanya eczema di kalangan kanak-kanak akan bertambah baik apabila berumur 7-8 tahun. tetapi ada juga yang membawa hingga ke dewasa. 

Walaupun eczema bukan sejenis penyakit berjangkit tetapi ia masih merupakan penyakit yang komplikasi yang sering menyebabkan keresahan dan kerunsingan di kalangan pesakit.

Punca Eczema


Sehingga kini punca eczema masih belum dikenalpasti sepenuhnya. Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran pencetus eczema adalahseperti berikut:-

Faktor Dalaman (Fizikal)

- Sejarah keluarga yang mengalami eczema, asma dan allergy.
- Perubahan emosi seperti keresahan dan stress.
- Faktor pemakanan.

Faktor Luaran (Persekitaran)

- Pencemaran udara, asap rokok, cuaca yang terlalu panas atau lembab.
- Alahan : haiwan peliharaan, sabun cuci, mandian, kulat, debunga dan habuk.

Langkah-langkah Pengawalan

- Menurut pakar kulit, penyakit eczema tidak dapat disembuhkan sepenuhnya tetapi dengan rawatan yang sistemamik dapat memininumkan kesan penyakit dan mengelakkan daripada terus merebak menjadi lebih kronik. perlu mengubah cara hidup kepada lebih sihat dengan mengawal pemakanan dan bersenam. Hindari makanan yang boleh mengakibatkan kegatalan seperti makanan laut.





Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya melalui sms/whatsap/email :- Mila Hp: 013-331 0097 Email: mila.baha@gmail.com *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan