Khamis, 23 Oktober 2014

Tips Untuk Sihat Dan Cantik

Assalammualaikum & salam sejahtera...

Cantik?? Semua perempuan suka cantik dan nak cantik.. Tentu ramai yang tercari cara untuk kekal cantik dan awet muda. Tambahan pula kehidupan penuh masalah dan stress. Jom kita amalkan tip2 berikut untuk kekal cantik dan awet muda..

1. Pengambilan Makanan Yang Seimbang

- Pengambilan makanan yang seimbang penting dalam pemakanan harian untuk mengelakkan sebarang penyakit dan berat badan yang berlebihan. Bagi mereka yang kelihatan awet muda memang mengambil berat pemakanan dan memastikan makanan yang diambil mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan.

2. Tidur Yang Cukup


- Mereka yang awet muda biasanya memastikan tidur yang cukup iaitu 6-8 jam. Tidur yang cukup juga mempengaruhi tahap kesihatan anda agar kekal cantik, cergas dan sihat.

3. Minum Air Secukupnya


- Tubuh kita mengandungi 70% air. Air sangat penting untuk memastikan organ tubuh berfungsi dengan sempurna. Setiap hari hendaklah minum sekurang-kurangnya 2 liter air kosong agar boleh membantu  melembapkan kulit dan melancarkan peredaran darah. Kekurangan air boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan wajah kurang berseri dan kekeringan bibir.

4. Bersenam


- Senaman penting untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Senaman sekurang-kurangnya hendaklah dilakukan sekali setiap minggu seperti berjongging, berjalan kaki dan bersukan.

5. Senyum Dan Ketawa


- Senyum dan ketawa boleh menghilangkan stress. Jika sering berada dalam keadaan tegang tanpa senyuman, wajah akan kelihatan cepat tua dari usia sebenar. Oleh itu senyum dan ketawalah selalu..

6. Berfikiran Positif

- Orang yang sentiasa berfikiran positif dan bersifat terbuka boleh mengelakkan diri daripada tekanan. Berfikirlah secara positif pasti perkara-perkara positif akan datang dalam hidup anda.

7. Pengambilan Makanan Tambahan

- Pengambilan makanan tambahan penting untuk tahap kesihatan dan menaikkan seri wajah.



Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya melalui sms/whatsap/email :- Mila Hp: 013-331 0097 Email: mila.baha@gmail.com *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan