Selasa, 21 Oktober 2014

Resepi Ringkas - Paprik Sotong

Assalammualaikum wbt & salam sejahtera...

Hari ini nak kongsi resepi ringkas paprik sotong.. Senang dan ringkas, amat sesuai bagi yang tidak mempunyai banyak masa..


Bahan-bahan 

1/2 kg sotong sederhana besar - dipotong
1 bijil bawang besar - dipotong bulat
2 ulas bawang putih - dicincang
10 biji cili api - diketuk
Bunga kobis - dihiris
2 biji putik jagung - dihiris
1/2 biji karot - dipotong
2 sudu besar cili kering  kisar
1 sudu makan sos tiram
sedikit garam
1 cawan air

Cara-cara

1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan sos tiram dan tumis sehingga pecah minyak
4. Masukkan sotong dan air biarkan mendidih.
5. Masukkan sedikit garam dan serbuk perasa.
6. Masukkan semua bahan yang dihiris, masak hingga layu.
7. Tutup api dan siap untuk dihidangkan..




Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya melalui sms/whatsap/email :- Mila Hp: 013-331 0097 Email: mila.baha@gmail.com *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan