Isnin, 13 Oktober 2014

HB Rendah Semasa Hamil: Bahaya Kepada Ibu Dan Anak


Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera…

Hari ini nak cerita pasal HB rendah semasa hamil. HB rendah nie boleh merbahayakan ibu dan anak...
HB rendah ni selalu terjadi kepada wanita yang mengandung. KENAPA???
Perkara ini berlaku kerana darah ibu mengandung akan meningkat sekaligus menyebabkan kurangnya kehadiran hemoglobin di dalam darah kita. Kekurangan hemoglobin menjadi punca seseorang itu mengalami masalah kekurangan darah atau turut dikenali sebagai ANEMIA.

Hemoglobin merupakan komponen utama berwarna merah yang terkandung di dalam darah dan berfungsi untuk menyalurkan bekalan oksigen kepada seluruh badan. Kekurangan hemoglobin menyebabkan bekalan oksigen tidak dapat disalurkan dengan sempurna kepada semua organ badan bagi fungsi yang optimum.

Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup. Apabila bilangan sel darah merah kurang daripada normal (12 hingga 15mg/dl) wanita menghadapi risiko mengalami jenis anemia yang paling umum iaitu anemia kekurangan zat besi. Tahap normal kepekatan darah ibu hamil ialah 11g/dl.
 
Anemia ketika hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan komplikasi kehamilan yang serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, saiz bayi yang kecil, koma dan paling membimbangkan ialah kemungkinan ibu meninggal dunia.
 
Bagi menambah bekalan zat besi ketika proses mendapatkan zuriat, semasa hamil dan menyusukan bayi, disaran meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur berdaun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai, labu, bijan dan tauhu.

Jika anda ingin mencuba dan memilih SHAKLEE sebagai makanan tambahan sepanjang kehamilan, saya mencadangkan untuk anda mengambil VITA-LEA IRON FORMULA dua kali sehari terutama kepada ibu hamil yang HBnya rendah.


PERINGATAN:
1.  Elakkan daripada meminum minuman berkafein seperti teh, kopi (Nescafe), dan minuman berkarbonat keranaianya akan mengganggu penyerapan zat besi ke dalam badan
2.   Elakkan pengambilan Vita-lea bersama-sama dengan Ostematrix (kalsium) kerana kalsium akan melemahkan penyerapan zat besi
3.     Elakkan pengambilan Vita-Lea bersama-sama dengan susu kerana susu mengandungi kalsium dan


4.     Pesakit THALASSEMIA TIDAK BOLEH mengambil VITA-LEA kerana mengandungi zat besi


Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya melalui sms/whatsap/email :- Mila Hp: 013-331 0097 Email: mila.baha@gmail.com *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

1 ulasan:

  1. vitalea terbaik! saya kalau penat sangat badan nie telan sebijik alhamdulillah... rasa bertenaga kembali :)

    salam perkenalan dari http://jivebumz.blogspot.com

    BalasPadam