Selasa, 28 Oktober 2014

Senggugut

Assalammualaikum wbt & salam sejahtera..

Setiap wanita pasti akan melalui pelbagai fasa di dalam kehidupan dari fasa baligh, reproduksi dan seterusnya monopos. Yang pasti setiap bulan tidak lepas dari kedatangan haid. Setiap wanita pasti mengalaminya. Pengaliran haid bagi setiap wanita berlainan, ada yang mengalami senggugut ataupun sebaliknya. 


Apakah senggugut??


-  Senggugut atau ' dysmenorrhoea' bermaksud pengaliran haid yang sakit. Ia merupakan masalah yang kerap di hidapi  oleh wanita berbanding dengan semua penyakit puan yang lain. Senggugut juga menyebabkan ketidakhadiran atau cuti sakit kerja, sekolah dan aktiviti lain. Senggugut disebabkan berbagai faktor.

Haid normal yang sakit ketika pengalirannya di panggil senggugut primer, manakala senggugut sekunder adalah apabila sakit setelah bermulanya haid atau sesudah haid disebabkan oleh penyakit sistem reproduksi seperti endometriosis.

SENGGUGUT PRIMER

Senggugut primer adalah akibat dari pengecutan dinding rahim lebih kuat dari biasa untuk mengeluarkan lapisan dinding rahim yang tebal. Akibat dari itu, pengaliran darah juga terganggu lalu menambah kesakitan tersebut. Ada sebahagian wanita ‘sembuh’ dari sakit ini setelah kehamilan dan kelahiran anak.
Selalunya ia berlaku pada permulaan kitaran yang subur terutamanya pada umur awalan 20an.Walaubagaimanapun, sebarang peringkat umur boleh mengalami haid yang sakit ini.
Beberapa jam sebelum haid, atau bersama aliran darah.
Ianya selalu berlaku dengan
-  rasa lenguh dan sakit di bahagian bawah perut, belakang,sesekali ke kaki. Sakit yang datang secara ‘crampy’/mencengkam atau sakit berterusan atau kedua-duanya.
Kadang-kadang ia bersama Simtom Pramensus (PMS), seperti ;
* tegang pada payu dara
* pening kepala ,
* rasa ‘pitam’
* perut kembung
* mual(50%) dan muntah(25%).
* sembelit atau ceret-beret (35%)
* tekanan emosi; merasa letih, muram dan cepat marahrkurangan dalam masa satu hingga dua hari. Pada keseluruhanya apabila pengaliran haid keluar dengan lancar sakit akan hilang.

Faktor risiko

Kalangan berikut samada satu atau keduanya adalah berisiko untuk mendapat
* Baligh awal ( umur 11 tahun atau awal lagi)
* Sejarah keluarga juga punyai senggugut

Kenapa ia berlaku?

Banyak sebab telah di perkatakan tetapi sejenis hormon  ‘prostaglandin’ di sabitkan dengan senggugut primer. Di antara penyebab kepada kecutan rahim ini berlaku, Prostaglandin di perolehi dengan lebih tinggi konsentrasinya pada wanita ini dan menyebabkan senggugut ini.
Kenapa ini berlaku kepada sebahagian tidak semua? Tidak diketahui kemungkinan bersangkutan dengan pengeluaran hormon ovulasi yang konsentrasi prostaglandin lebih tinggi?

Cara Untuk Mengatasi Senggugut primer?


Tanpa ubat:

-   Tekanan emosi semasa haid boleh dikurangkan dengan   berehat pada hari pertama atau permulaan pengaliran haid
-   ‘Tuam’ dengan sesuatu yang suam – air panas dalam beg khas/botol di bungkus dengan kain tebal yang kemudian di letak di bahagian abdomen (hot water bag) kemudian bahagian bawah berkenaan. Berhati-hati jangan terlecur
-   Rajinlah melakukan senaman dan menjaga kesihatan fizikal khususnya.
*  Teknik relaksasi – Banyakkan zikir

Dengan Ubat:

-  sekira gagal ukuran di atas dapatkan rawatan dari klinik yang terdekat.
Ubatan penahan sakit saperti paracetamol/ Panadol
Ubat anti prostoglandin saperti ibuprofen atau ponstan
Pil perancang keluarga. Menghilangkan sakit dengan menghalang ovulasi berlaku.
Ada beberapa keadaan yang boleh meningkatkan ‘threshold’ sakit langsung memperlihatkan seolah-olah senggugut bertambah teruk. Faktor yang biasa membuat demikian diantaranya termasuk anemia( kurang darah), penyakit kronik, kerja berlebihan, stres, diabetes dan tahap nutrisi yang rendah

Senggugut sekunder

Di antara penyakit termasuk
* Endometriosis – sel yang melapisi dinding rahim migrasi ke tempat lain di organ pelvik lalu menyebabkan sakit ketika haid selalu setelah pengaliran haid menyebabkan sakit yang teramat sangat
* Fibroid – ‘tumor’ atau ketumbuhan bukan barah, dari otot dan tisu yang dari dalam rahim dan di pengaruhi oleh hormon estrogen.
* Jangkitan kuman pada organ pelvic (PID). Keadaan ini sering di sabitkan dengan senggugut sekunder, tapi ada juga sebahagiannya sakitnya berterusan tidak berkaitan dengan haid langsung. Yang berkaitan, ada sangkut pautan dengan aksi prostaglandin.

Rawatan Senggugut sekunder

Ubatan – lebih kepada untuk mengurangkan sakit. Pil kontraseptif dan anti inflamatori saperti parasetamol, Cox-2, antiprostaglandin (ponstan).
Rawatan yang definitif adalah secara pembedahan. Pembedahan secara laparoskopi atau terbuka (laparotomi). Saperti fibroid dan endometriosis rawatan pembedahan adalah definitif.
Kerap berlaku apabila ultrasound jarang menghasilkan keputusan yang positif, walaupun wanita berkenaan sakit serta gejala saperti tersebut diatas. Di sini adalah perlu untuk wanita tersebut untuk melalui rawatan laparoskopi diagnostik untuk menentukan puncanya dengan melihat lebih dekat penyebab senggugut itu. Adakalanya dengan cara ini biopsi, rawatan membakar sel-sel endometriosis itu boleh di lakukan sekali.

Komplikasi

Komplikasi dari senggugut sekunder bergantung kepada penyebabnya.  Sekira jangkitan kuman pada system pelvic, boleh meyebabkan kesan lekatan(scar) pada tiub fallopian dan menganggu system reproduktif. Kesan boleh mengakibatkan kandungan ektopik. Yakni kandungan luar rahim.
Endometriosis pula boleh mengakibatkan kemandulan atau menggangu kebolehan untuk mengandung.
Ramai memperkatakan yang senggugut berkaitan dengan kegagalan untuk mengandung atau ketidaksuburan( infertiliti).
Entiti ini tidak benar. Selagi penyebabnya tidak dipastikan, sebab majoriti senggugut adalah senggugut primer yang normal.



Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya melalui sms/whatsap/email :- Mila Hp: 013-331 0097 Email: mila.baha@gmail.com *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan