Sabtu, 11 Oktober 2014

Tip Untuk Kurus




   

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera...

 Hari ini saya nak kongsikan tip-tip untuk menurunkan berat badan/kurus. Tip-2 yang boleh diamalkan  adalah seperti dibawah:

* Minum air kosong atau air mineral setengah jam sebelum dan selepas makan. Elakkan minuman yang mengandungi gula / bergas kerana gula mengandungi kalori yang tinggi. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong setiap hari.

* Elakkan makan nasi beras putih kerana kandungan gula yang tinggi. Digalakan makan nasi beras perang (brown rice)

* Banyakkan makan ulam-ulam, masakan steam dan boiled. Elakkan masakan berminyak dan bergoreng.

* Jangan Skip Sarapan Pagi - Bagi yang ingin menurunkan berat badan jangan skip sarapan pagi. Dengan mengambil sarapan pagi boleh menurunkan berat badan. Orang yang tidak mengambil sarapan lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan orang yang mengambil sarapan pagi lebih kurus. Sarapan pagi boleh menstabilkan hormon dan paras gula dalam darah dan meningkatkan kadar metabolisma.

* Kunyah makanan secara perlahan-lahan untuk memudahkan makanan dihadam.

Setakat ini sahaja perkongsian untuk Tip Kurus pada hari ini. "Makan Ketika Lapar Dan Berhenti Sebelum Kenyang"...Hahahaahaha....


Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya melalui sms/whatsap/email :- Mila Hp: 013-331 0097 Email: mila.baha@gmail.com *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan