Rabu, 22 Oktober 2014

Rahim Jatuh / Tombong

Asalammualaikum wbt & salam sejahtera...

Hari ini saya nak cerita pasal rahim jatuh/tombong (orang tua-tua panggil tombong). Orang tua2 selalu pesan orang perempuan jangan angkat berat2, jangan kerja terlalu kuat dan jangan tolak barang menggunakan kaki terutama ibu jari kaki. Tapi orang zaman sekarang ni tak kesah tentang pantang larang orang tua2.. Sebenarnya ada sebab2 yang tertentu.. Berpantang 44 hari pada zaman sekarang di anggap kuno... ketika badan masih muda.. tetapi akan meraainya apabila usia meningkat.. itu sakit ini sakit.... masa nie lah baru menyesal kerana tak berpantang sebaik mungkin..

Tanda-tanda rahim jatuh / tombong ada 4 peringkat..

Peringkat 1

Prolaps sedikit, kemungkinan wanita tidak dapat merasainya dan hanya dengan pemeriksaan doktor dapat mengesan masalah ini.

Peringkat 2

Dapat dilihat dipermukaan vagina apabila meneran ketika hendak membuang air besar atau terbatuk.

Peringkat 3

Sebahagian daripada rahim akan terkeluar dari vagina dan boleh menyebabkan komplikasi seperti melecet dan jangkitan kuman.

Peringkat 4

Keseluruhan rahim akan terkeluar dan akan menjejaskan kehidupan dan keselesaan serta boleh menyebabkan kesakitan dan pendarahan.


* Prolaps disebabkan lantai sokongan lemah, rosak dan tidak boleh menyokong organ pelvis.




Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya melalui sms/whatsap/email :- Mila Hp: 013-331 0097 Email: mila.baha@gmail.com *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan