Jumaat, 7 November 2014

Apakah Yang Menyebabkan Rambut Gugur

Assalammualaikum wbt & salam sejahtera..


Rambut gugur biasanya disebabkan beberapa faktor. Antaranya adalah seperti berikut:-

Perubahan Hormon

Sepanjang tempoh kehamilan hormon Progesteron dan estrogen sangatlah tinggi. Jika kita perasan ibu hamil  kelihatan berseri. Muka rambut semua berkilat-kilat, hormon ini juga menyebabkan pertumbuhan rambut terhenti. Tetapi, dalam 3-4 bulan selepas kelahiran hormon ini akan kembali kepada biasa. Ini adalah disebabkan dalam tempoh kehamilan keguguran rambut adalah sangat kurang dan berganda selepas bersalin.


Tekanan atau Stress

Selepas bersalin juga kita akan rasa terbeban disebabkan tanggungjawab telah bertambah. Ini menyebabkan masa untuk menjaga kebersihan dan kesihatan rambut juga terhad. Jika ini dibiarkan keadaan akan bertambah teruk dan kronik.


Berusia dan memiliki anak yang ramai

Ibu yang telah berusia dan mempunyai anak lebih dari 3 mempunyai risiko yang lebih tinggi.


Pola pemakanan yang tidak sihat

Kebanyakan ibu selepas bersalin sangat menitik beratkan penampilan diri. Ingin kelihatan kurus dan langsing seperti sebelumnya. Ada yang sanggup diet dan menyebabkan badan kekurangan nutrisi dan vitamin yang diperlukan.


Faktor Usia

Semakin meningkat usia kadar pertumbuhan rambut semakin perlahan. ini kerana sel-sel semakin tua dan kadar penyerapan nutrient adalah sangat rendah.

Apa yang perlu diambil untuk mengelakkan rambut gugur?????


Meningkatkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan protein dan zat besi dalam diet seharian serta elakkan menjalani rawatan rambut meggunakan bahan kimia

Makanan yang mencegah Rambut Gugur- Telur dan Daging Ayam

Sebahagian rambut adalah protein. Dengan makan ayam, keju rendah lemak, almod dapat menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan dan keguguran rambut. 



Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya melalui sms/whatsap/email :- 
Mila Hp: 013-331 0097 
Email: mila.baha@gmail.com 

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan