Khamis, 6 November 2014

Kaki Kejang

Assalammualaikum wbt & salam sejahtera...

Kaki kejang atau cramp.. biasanya kaki kejang menyerang ibu hamil, orang yang selalu berada di dalam bilik berhawa dingin dan orang yang tidak mengamalkan pemakanan seimbang. Jom kita tengok beberapa punca yang menyebabkan kaki kejang...

PERTAMBAHAN BERAT BADAN

Semasa mengandung, banyak fungsi tubuh yang akan terpaksa bekerja keras untuk memastikan keseluruhan sisitem badan berfungsi dengan baik. Antaranya ialah otot. Otot kaki menyokong pertambahan berat badan yang semakin meningkat dan akan memberi lebih beban dan tekanan. Akibatnya otot-otot kaki akan mengalami keletihan dan menegang. Kejang kaki adalah salah satu tanda otot sedang keletihan dan mengalami tekanan berterusan.

KEKURANGAN NUTRIEN

Pengambilan diet yang tidak seimbnag juga menjadi faktor kerap mengalami kaki kejang. Contohnya terlalu banyak mengambil fosforus (iaitu banyak teradpat dalam daging proses, makanan ringan, dan minuman bersoda). Kekurangan nutrien seperti kalsium, pottasium dan magnesium dalam darah juga menyebabkan otot kejang. 

KEADAAN RAHIM IBU

Rahim atau Uterus semakin mengembang seiring denagn pembesaran bayi. Ini meneybabkan tekanan ke atas salur darah besar pada kaki. Ia juga kesan dari pertambahan hormon progesteron.

BANYAK BERDIRI

Banyak berdiri dan berjalan boleh menyebabkan otot kaki keletihan tambahan pula dengan pertambahan berat badan. 


PENCEGAHAN KAKI KEJANG


- Lebihkan meminum air dan cecair lain seperti air isotonikMemakan makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi dan roti. Mengekalkan pengambilan mineral dan elektrolit seperti kalsium, magnesium, potassium (pisang) dan zink boleh mencegah kecederaan dan kejang otot.

- Sapukan minyak panas untuk melegakan kejang. Luruskan kaki serta dan urut perlahan-lahan tapak kaki.


  • Kaki Kejang










Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya melalui sms/whatsap/email :- 
Mila Hp: 013-331 0097 
Email: mila.baha@gmail.com 

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan