Khamis, 13 November 2014

Selepas Makan Jangan...

Assalammualaikum wbt & salam sejahtera...


Saya ada membaca artikel tentang beberapa  perkara berikut yang perlu di elakkan selepas makan.... Jom kita tengok apakah perkara yang perlu di elakkan...


  • MEROKOK - hasil kajian membuktikan dengan menghisap sebatang rokok saja (sebaik selesai makan) samalah dengan menghisap 10 batang rokok pada waktu lain.
  • MINUM TEH - daun teh mengandungi asid yang boleh mengakibatkan protein yang terkandung dalam makanan yang dimakan cepat mengeras. Akibatnya ia sukar dicernakan.
  • TERUS MAKAN BUAH-BUAHAN - makan buah selesai makan menjadikan perut kembung kerana terlalu banyak air. Makanlah buah setelah satu atau dua jam selepas makan atau sebelum makan.
  • MANDI - mandi selepas makan akan meningkatkan aliran darah ke tangan, kaki dan tubuh sehingga darah di bahagian perut dan sekitarnya akan menurun. Ia akan melemahkan sistem pencernaan dalam perut anda.
  • BANYAK BERJALAN - terlalu banyak berjalan selepas makan akan mengakibatkan sistem pencernaan tidak dapat menyerap nutrisi daripada makanan yang di makan.
  • TERUS TIDUR - makanan yang anda makan tidak akan diterima dengan baik oleh sistem pencernaan. Akibatnya usus anda akan luka atau terkena jangkitan.

  • Sumber : Google


    Ok setakat nie sahaja, sekian, wassalam... 


    Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya melalui sms/whatsap/email :-  
    Mila Hp: 013-331 0097 
    Email: mila.baha@gmail.com 

    *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.




    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan