Ahad, 16 November 2014

Tips Untuk Kekal Cantik & Sihat

Assalammualaikum wbt & salam sejahtera....


Kebanyan wanita ingin kelihatan muda dari usia sebenar.Tetapi, mungkin ramai yang masih tercari-cari cara untuk kekal aktif dan awet muda.Tambahan pula,kehidupan kita tidak lari dari stress. Stress yang tidak diurus dengan betul boleh menyebabkan wajah sentiasa berkerut dan menghilangkan seri wajah anda.Mari kita amalkan tips-tips berikut untuk mengekalkan kecantikan dan kelihatan awet muda.

1.Pengambilan makanan seimbang

Makanan seimbang amat penting dalam kehidupan kita untuk mengelakkan sebarang penyakit dan berat badan berlebihan.Mereka yang kelihatan awet muda memang mengambil berat tentang amalan pemakanan mereka. Makanan yang diambil mestilah mengandungi semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

2.Tidur yang cukup

Mereka yang awet muda kebanyakannya mempunyai waktu tidur yang mencukupi. Waktu tidur yang cukup dan berkualiti boleh mempengaruhi tahap kesihatan anda. Tidurlah antara 6 - 8 jam untuk memastikan badan anda kekal sihat dan cergas.Orang yang kurang tidur akan sering keletihan dan tidak focus kepada urusan seharian.Bahagian kelopak mata juga akan kelihatan sembab dan ia menyebabkan wajah kelihatan lebih tua dari usia sebenar.Jadi,pastikan anda mempunyai waktu tidur yang cukup dan berkualiti.

3.Bersenam

Jangan malas untuk melakukan senaman kerana senaman juga sangat penting untuk mendapat kesihatan yang baik. Anda boleh melakukan senaman sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.Senaman yang paling mudah dilakukan ialah berjogging,berjalan kaki dan bersukan.

4.Minum air secukupnya

Tubuh kita mengandungi 70% air.Air sangat penting untuk memastikan organ tubuh kita boleh berfungsi di tahap optimum. Air boleh membantu melembapkan kulit dan melancarkan peredaran darah. Minumlah sekurang-kurangnya 2L  air kosong setiap hari.Kekurangan air dalam badan boleh menjejaskan kesihatan.Wajah juga akan kurang berseri dan menyebabkan kekeringan pada bibir.

5.Senyum dan ketawa

Senyum dan ketawalah.Ketawa amat membantu anda menghilangkan stress.Jika anda asyik berada dalam keadaan yang tegang tanpa senyum dan ketawa,wajah anda akan lebih cepat kelihatan tua dari usia sebenar.Garis-garis kedutan akan terbentuk di wajah anda.Luangkan masa untuk menonton video atau filem jenaka yang membuatkan anda tidak kering gusi atau bergurau senda dengan sahabat ataupun keluarga anda.

6.Berfikiran positif

Orang yang selalu berfikiran positif dan bersifat terbuka dapat mengelakkan diri dari tekanan. Anda boleh membaca buku-buku motivasi untuk membantu anda kekal positif dan gembira. Fikirlah secara positif dan perkara-perkara yang positif akan turut berlaku dalam kehidupan anda.


7.Mengambil makanan tambahan yang betul
Pengambilan makanan tambahan juga amat penting untuk meningkatkan seri wajah dan kesihatan anda.


******Tips sihat dan cantik ini adalah sebahagian aktiviti mudah yang boleh kita amalkan dalam kehidupan kita.In shaa Allah sedikit sebanyak saya pasti tips ini boleh membantu anda untuk terus kekal sihat dan cantik.


             



Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya melalui sms/whatsap/email :- 

Mila Hp: 013-331 0097 
Email: mila.baha@gmail.com 

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan