Rabu, 12 November 2014

Kafein Dan Ibu Menyusu

Assalammualaikum wbt & salam sejahtera..

Wah sedapnye kopi tu..betul ke kopi akan menjejaskan pengeluaran susu bagi ibu menyusu..Persoalan inilah yg bermain di fikiran saya, betul ke???? Tapi saya ada terbaca yang minuman berkafein mempengaruhi pengeluaran susu ibu..sejauh manakah kebenarannya saya sendiri pun tidak tahu..tapi disebabkan nak tahu sangat saya search di google..dan saya nak kongsikan dengan kawan2 yg sudi membaca disini.... 


Kopi atau minuman berkafein: 
Cuba elakkan kafein atau kurangkan pengambilannya ketika anda menyusukan bayi. Kafein akan terkumpul dalam sistem tubuh bayi kerana bukan mudah untuk menyingkirkannya.. Jika meminum secawan kopi di waktu pagi tidaklah begitu memudaratkan bayi anda, tetapi terlalu banyak kafein boleh menimbulkan masalah seperti sukar tidur, gementar, kerengsaan dan kurang menyusu. Anda bolehlah mengambil kopi tanpa-kafein dan juga teh. Elak dari mengambil minuman kola serta lain-lain minuman berkarbonat yang mengandungi kafein tambahan. 
*Maknanye bukanlah ibu2 yg menyusu ni tidak boleh minum kopi langsung,cuma perlu dikurangkan... ;) 





Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya melalui sms/whatsap/email :- 
Mila Hp: 013-331 0097 
Email: mila.baha@gmail.com 


*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan