Ahad, 23 November 2014

Asparagus Mengandungi Anti Oksida Yang Tinggi

Assalammualaikum wbt & salam sejahtera..


Asparagus merupakan sejenis sayur yang berbatang tetapi mempunyai pucuk yang tirus. Ia diklasifikasikan sebagai sayur-sayuran kerana pucuknya boleh dimakan dengan mengutip bahagian pucuk muda yang keluar dari pangkal pokok.


Terdapat dua jenis asparagus iaitu yang berwarna hijau dan putih. Ketebalan batang asparagus menunjukkan usianya.

Kulit batang yang tebal adalah daripada asparagus tua. Kebiasaanya hanya bahagian lembut sahaja yang boleh dimakan. Jika anda membeli asparagus, bengkokkan batang asparagus dan ia akan patah. Bahagian dari pucuk hingga bahagian yang patah itu adalah bahagian boleh dimakan.


Selain itu bagi menjimatkan agar ia tidak membazir, bahagian batang yang keras itu boleh dikupas. Jadi bahagian luar yang berserat itu dapat dibuang dan bahagian yang telah dinipiskan itu adalah bahagian yang lembut yang boleh dimakan, tidak berserabut dan senang dikunyah.

Banyak jenis makanan yang boleh disediakan daripada asparagus, antaranya gril, bakar, goreng, dikisar untuk dijadikan sup atau dijadikan jeruk.

Pastikan asparagus dibasuh dengan bersih terutamanya di bahagian bawah batangnya kerana takut terdapat pasir dan lumpur.

Antara kelebihan makan asparagus ia dapat melancarkan sistem pencernaan. Selain itu ia kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, natrium, kalium, vitamin A, vitamin C dan niasin.

Asparagus juga mengandungi tinggi anti oksida yang dapat menghalang serangan radikal bebas yang boleh membawa banyak penyakit. 




Sumber : Google
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya melalui sms/whatsap/email :- 

Mila Hp: 013-331 0097 
Email: mila.baha@gmail.com 


*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan