Jumaat, 14 November 2014

Cara/Tips Agar Anak Mahu Makan Sayur

Assalammualaikum wbt & salam sejahtera...

Bagi anak-anak, mungkin sayuran adalah makanan yang sangat dibenci. Padahal dalam sayuran mengandung berbagai vitamin maupun gizi yang mampu menutrisi tubuh. Anak-anak pada umumnya lebih menyukai makanan yang manis ataupun masin. Bagi orang tua, perlu melatih buah hatinya untuk makan sayur sejak bayi demi memenuhi nutrisi dalam tubuh bayi yang masih pada tahap berkembang fizikal mahupun psikologi.
Ibu bapa kadang-kadang kurang memberi perhatian pentingnya sayur bagi anak, dan hanya menuruti kemahuan anak meski tak suka dengan sayur dengan alasan terlalu sayang kepada buah hatinya. Dengan kurangnya pengambilan sayuran pada anak maka akan membuat kesihatan anak sering terjejas. Makanan segera mahupun daging juga makanan berprotein tinggi lainnya akan membuat kesihatan anak tidak optimum. Pengambilan lemak yang berlebihan tanpa diimbangi sayuran dan buah-buahan juga akan membuat anak mengalami obesiti/kegemukan.


Beberapa tips agar anak suka dengan sayur:
a.  Biasakan untuk ikut makan sayur bersama anak
Agar anak mahu makan sayur, sebagai orang tua anda juga harus suka dengan sayuran. Berikan contoh dan terapkan kebiasaan meyukai sayuran kepada buah hati anda. Makan sayuran bersamanya. Ciptakan aktiviti makan sayur yang menyenangkan dan mengasyikkan sehingga buah hati anda tertarik untuk ikut makan sayur.
b.  Hindarkan menghukum anak yang tidak mahu makan sayur
Untuk buah hati Anda yang tidak suka dengan sayur, meski telah dipaksa. Jangan sekali-kali menghukumnya kerana hal ini menjadi trauma baginya dan boleh juga menghilangkan seleranya terhadap sayur sepenuhnya. Jika buah hati Anda makan sayuran, puji dan tunjukan sikap positif. Jadikannya suatu kebiasaan bukan paksaan, hukuman, ataupun hal lainnya.
c.  Kreatifkan  sayur-sayuran
Harus kreatif dalam menciptakan rasa sayur yang enak, lazat dan  lebih sedap dari daging ataupun makan berprotein lainnya. Jika Anda memasak sayuran untuk buah hati anda, usahakan mengganti menu sayuran setiap hari sehingga anak tidak bosan dengan sayur. Usahakan pula untuk memberikan makanan atau lauk sampingan selain sayur sehingga anak merasa suka, tenang serta menikmati ketika harus makan sayuran.
d.  Gantikan menu sayur dengan buah-buahan
Sayuran bukan hanya sumber nutrisi saja, tetapi buah-buahan adalah makanan dari tumbuhan yang memiliki nutrisi penting seperti sayuran. Bagi anak yang sama sekali tidak suka dengan sayur, Anda boleh memberikannya buah-buahan.
e.  Berikan anak suplemen
Suplemen biasa menjadi langkah terakhir yang dilakukan orang tua agar buah hati suka dengan sayuran. Jika semua cara telah dilakukan anak tetap tidak suka dengan sayur, suplemen boleh diberikan untuk memenuhi keperluan nutrisi dalam tubuh. Perlu ingat, suplemen yang berlebihan dan berkepanjangan juga akan berakibat buruk bagi kesihatan anak. Usahakan sebisa mungkin mengajak anak untuk makan sayur secara langsung tanpa suplemen.


Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya melalui sms/whatsap/email :- 
Mila Hp: 013-331 0097 
Email: mila.baha@gmail.com 

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.




1 ulasan:

  1. Biasanya orang tua-tua cakap klu semasa mengandung ibu selalu makan sayur dan ulam ulaman nanti anak tu pun suka makan sayur :D


    :: anmashealthcare.blogspot.com ::

    BalasPadam