Ahad, 9 November 2014

Resepi - Kek Minyak Oren

Assalammualaikum wbt & salam sejahtera...

Hari ini teringin nak cuba sendiri resepi kek minyak oren .. resepinya memang senang dan simple. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya...


Resepi Kek Minyak Oren Kukus


5 biji telur ( gred B )
1 cawan minyak jagung
1/2 cawan gula (boleh tambah jika nak manis)
1/2 cawan susu pekat
2 sudu besar oren sunquit
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
1 sudu besar overlet
1 sudu kecil esen vanila
pewarna ( ikut warna pilihan )


Cara-cara:


1. Ayak tepung bersama baking powder dan ketepikan.
2. Pukul telur, overlet hingga kembang kemudian masukkan minyak jagung, susu pekat, esen vanila, oren sunquit dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung yang telah di ayak bersama baking powder dan gaul rata.
4. Asing kepada 3 bahagian dan masukkan pewarna pilihan.
5. Tuangkan ke dalam loyang mengikut kreativiti masing-masing.
6. Kukus selama lebih kurang 45 minit.



Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya melalui sms/whatsap/email :- 
Mila Hp: 013-331 0097 
Email: mila.baha@gmail.com 

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan