Isnin, 3 November 2014

Bentan- Langgar Pantang Selepas Bersalin

Assalammualaikum wbt & salam sejahtera...

Berpantang mengikut adat melayu adalah merupakan satu kemestian bagi ibu2 yang baru lepas bersalin. Ada yang berpantang 40 hari, 44 hari dan ada juga 100 hari. Ia berbeza mengikut individu. Tujuan adalah untuk mengembalikan kesihatan ibu selepas melalui proses kehamilan selama 9 bulan.

Tetapi ada juga segelintir pada masa kini yang memilih untuk tidak berpantang. 
Mereka berpendapat badan akan pulih seperti sedia kala tanpa proses berpantang.

Apabila melanggar pantang, kemungkinan besar akan terkena bentan. Bentan 
ialah sakit semula setelah hampir sebuh bersalin. Ibu-ibu akan merasa sakit 
semula pada akhir pantang.

Punca  ibu terkena bentan adalah : 

- Mengambil makanan sejuk / terlanggar objek keras
Kesannya, ibu akan merasa sejuk seperti nak pengsan tambahan badan belum 
berapa nak sihat.

Bentan dikategorikan kepada 3 jenis:

1) Bentan Urat
     - ianya terjadi apabila ibu terlalu lasak/aktif ketika dalam tempoh berpantang.
     - kesannya, ibu akan merasa lemah seperti demam, bisa-bisa urat dan sendi badan
       seperti pada lutut, dan mengigil kesejukan walaupun pada waktu tengahari, kejang
     - masalah ini boleh dirawat dengan melakukan rawatan bertangas ataupun mandi wap
2) Bentan Urat Peranakan/Urat Rahim
    - ini merujuk kepada kesakitan pada bahagian ari-ari yang sederhana/terlampau sakit
      sehingga menyebabkan berlakunya tumpah darah
    - boleh terjadi apabila ibu mengangkat barang yang berat
    - boleh juga berlaku kesan daripada ibu tersepak objek yang besar atau pun jatuh
      terduduk/terhempas
3) Bentan Urat Besar (pinggang)
   - urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul menyebabkan rasa
      lenguh dan sakit di atas bahagian belalang
   - kebiasaannya terjadi kepada ibu yang bersalin secara pembedahan/czer
   - pada sesetengah keadaaan, kesakitan tersebut boleh menjadi serius dan
     otot badan mengakibatkan rasa sakit pada bahagian pinggang dan tumit

Cara untuk mengelakkan diri daripada terkena bentan. Antaranya ialah:-

a) Ibu hendaklah mendapatkan rehat yang secukupnya
    - adalah dinasihatkan supaya ibu tidak melakukan sebarang kerja sepanjang tempoh 
      berpantang, selain daripada menjadi diri sendiri dan bayi
    dinasihatkan juga supaya ibu tidak mengangkat sebarang objek yang berat, mandi 
      pada satu tempoh yang lama, mengelakkan dari terkena hujan dan sebagainya 

b) Mengelakkan diri dari terkena jangkitan kuman
     - ibu hendaklah menjaga kebersihan diri dengan sebaiknya sepanjang tempoh ini 
       kerana pada waktu ini, ibu mudah terkena jangkitan kuman terutamanya pada 
       bahagian peranakan, saluran kencing, dan juga rahim  
     - jangkitan kuman ini mudah berlaku akibat daripada perubahan hormon yang sedang            dialami oleh ibu. 
     - dalam tempoh ini juga, darah nifas akan keluar dengan banyaknya, jadi, ibu perlulah
       kerap menukar tuala wanita bagi mengelakkan berlakunya jangkitan kuman ini
     - ianya boleh menyerang di mana-mana bahagian peranakan san faraj dan boleh 
       merebak melalui saluran darah seterusnya menyerang organ dalaman yang lain 
       seperti buah pinggang dan sebagainya

c) Pemakanan
   - pemakanan haruslah dijaga sepanjang tempoh berpantang
   - elakkan pengambilan makanan yang bersifat sejuk dan boleh menyebabkan angin        
     dalam perut seperti kangkung, kacang panjang, labu air, kobis, nangka muda dan 
     jantung  pisang
   - banyakkan juga meminum air masak kerana badan memerlukan air yang secukupnya
     untuk proses penyembuhan, dan juga untuk penyusuan bayi

Cara Tradisional Mengelak Bentan

- sapu minyak panas di seluruh badan
- pakai baju panas
- berstokin sepanjang masa
- pastikan berselimut ketika tidur
- bertungku

Dapatkan set berpantang Shaklee yang mampu menjaga anda dalam tempoh berpantang sekaligus membantu mengembalikan kesihatan dan kecergasan badan anda. 

 

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya melalui sms/whatsap/email :- 
Mila Hp: 013-331 0097 
Email: mila.baha@gmail.com 

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

2 ulasan:

  1. saya sudah amalkan semasa bersalinkan anak ketiga..dan alhamdulillah, ia berbeza dengan yang lain

    peminatvitamin.blogspot.com

    BalasPadam
  2. setakat ni belum pernah lagi kena bentan..tp dengar cerita kalau bentan ni memang menakutkan..cuba elak sebaik yg boleh...

    BalasPadam