Sabtu, 15 November 2014

Makan Vitamin - Bukan Paksaan

Assalammualaikum wbt & salam sejahtera...

Mengapa dikatakan tiada paksaan untuk makan supplement????...sebenarnya jika individu itu seorang yang sentiasa mengambil makanan seimbang setiap hari sudah mencukupi untuk menampung segala khasiat yang diperlukan tubuh badan.
Supplement dalam erti kata lain ialah makanan tambahan..ada juga yang bertanya "wajarkah saya mengambil vitamin".."berbaloi ke berhabis beratus-ratus????"..

Sebenarnya persepsi masyarakat kita berbeza-beza tentang supplement, ada golongan yang memerlukan ada juga golongan yang tidak memerlukan. Siapa sebenarnya yang memerlukan supplement@vitamin@makanan tambahan ini:

  • Dewasa : Golongan dewasa yang jarang mengambil makanan seimbang dalam makanan mereka. Dalam lingkungan usia ini juga mereka mudah kehilangan vitamin dan mineral dalam tubuh badan.
  • Perokok : Merokok boleh menyebabkan kehilangan beberapa vitamin penting terutama vitamin C.
  • Peminum alkohol : Golongan ini selalunya menghadapi kekurangan pelbagai jenis vitamin dalam badan.
  • Pengamal diet dan vegeterian : Golongan ini digalakkan mengambil multivitamin.
  • Wanita mengandung : Golongan ini memerlukan asid folik untuk keperluan janin.
  • Wanita menyusui : Golongan ini memerlukan vitamin B bagi menambah kandungan vitamin yang sedia ada.
  • Bayi dan kanak-kanak : Bayi yang menyusu susu ibu selalunya memiliki vitamin yang secukupnya, kecuali beberapa kejadian terjadinya kekurangan vitamin K dan D.
Sebenarnya terpulang pada individu itu sendiri untuk memilih sama ada perlu atau tidak supplement dalam kehidupan mereka..Kita berhak di atas apa yang kita makan..Fikir-fikirkanlah. 





Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya melalui sms/whatsap/email :- 

Mila Hp: 013-331 0097 
Email: mila.baha@gmail.com 

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan