Isnin, 17 November 2014

Tanda-tanda, Rawatan Dan Cara Pencegahan Gout

Assalammualaikum wbt & salam sejahtera...

Hari ini nak cerita tentang penyakit gout iaitu tanda-tanda, rwatan dan cara pencegahanya. Gout adalah sejenis penyakit akibat daripada asid urid yang berlebihan di dalam badan.  

  • Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
  • Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
  • Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.
  • Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
  • Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
  • Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.
TANDA-TANDA GOUT

  • Keradangan dan kemerahan – sendi yang terjejas akan menjadi bengkak, lembut dan merah.
  • Sakit pada sendi yang teramat sangat  –   ia boleh berlaku pada ibu jari, kaki, buku lali, lutut, tangan dan pergelangan tangan. Kesakitan mungkin yang paling teruk dalam tempoh 12 hingga 24 jam selepas ia bermula.
  • Rasa ketidakselasaan yang berlarutan – Selepas reda kesakitan yang paling teruk, beberapa ketidakselesaan sendi boleh berlarutan dari beberapa hari ke beberapa minggu. Kemudian serangan mungkin untuk bertahan lebih lama dan memberi kesan lebih sendi.
  • Kulit mengelupas dan gatal selepas keradangan reda
  • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

FAKTOR/RISIKO YANG MENYEBABKAN GOUT

  • Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
  • Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
  • Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
    • Kegemukan
    • Darah tinggi
    • Hiperlipidemia
    • Diabetes


Sumber : Google


Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya melalui sms/whatsap/email :- 
Mila Hp: 013-331 0097 
Email: mila.baha@gmail.com 

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan