Selasa, 18 November 2014

Tips - Mengatasi Masalah Alahan/Mabuk Ketika Mengandung

Assalammualaikum wbt & salam sejahtera...

Alahan/mabuk/morning sickness semasa mengandungi ini biasanya di alami oleh ibu hamil pada trimester 1 (1-3 bulan pertama). Biasanya ibu hamil akan rasa loya, pening, sebu perut di waktu pagi. Punca utama alahan ketika hamil adalah disebabkan oleh kehadiran hormon hCG, dirembeskan dalam kuantiti yang banyak ketika di awal kehamilan.


Petua untuk Mengatasi atau menghilangkan alahan ketika mengandung :


  • Apabila bangun tidur pada waktu pagi, bangun secara perlahan-lahan, makan sedikit biskut biskut dan rehat 10-15 minit kemudian barulah bangun.
  • Makan sedikit tetapi kerap supaya perut tidak kosong. Contohnya, makan sedikit setiap 2 jam walaupun tidak lapar. Jika boleh elakkan mengambil makanan pedas, berlemak atau bergoreng.
  • Jika tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas.
  • Petua menghidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
  • Minum air masak banyak untuk menggantikan bendalir badan yang hilang dan juga mengelakkan sembelit.
  • Elakkan minum ketika makan, sebelum dan dan selepas makan. Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.
  • Pastikan waktu rehat yang cukup kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
  • Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain (jika ada). pastikan peruntukkan masa untuk berehat.
  • Elakkan berada di tempat panas kerana alahan akan bertambah teruk.
  • Bergerak dengan perlahan dan dapatkan sokongan daripada individu yang rapat antaranya suami, ibu bapa ataupun rakan.

Selain itu, bakal-bakal ibu yang mengalami masalah alahan teruk ketika hamil juga boleh dapatkan produk shaklee ini bagi mengurangkan masalah alahan yang dialami.

Cadangan produk shaklee untuk mengatasi masalah alahan/ morning sickness ketika kehamilan:





Kebaikan Peppermint Ginger Plus :

  • Ia tidak mengganggu bayi kerana ia diperbuat dari bahan semulajadi dan mempunyai sijil KKM. Direka khas oleh pakar herba untuk mengurangkan "morning sickness" para ibu ketika hamil.
  • Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut.
  • Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.



Kebaikan B-Complex :


Kajian menunjukkan bahawa 1/3 daripada wanita yang mengambil Pyridoxine berjaya mengurangkan masalah "morning sickness" yang dihadapi oleh mereka ketika hamil. Pyridoxine ini adalah salah satu komponen dalam Vitamin B iaitu B6. Kebaikan Pyridoxine akan diperolehi secara optimum jika diambil bersama Asid Folik (B9), Niacin (B3) dan Cobalamin (B12).



Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya melalui sms/whatsap/email :- 
Mila Hp: 013-331 0097 
Email: mila.baha@gmail.com 

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.






1 ulasan: