Isnin, 3 November 2014

Jeruk Mangga Asam Boi

Assalammualaikum wbt & salam sejahtera..

Sekarang nie tengah kecoh fenomena Jeruk Mangga asam boi.. Selalunya ibu-ibu mengandung je yang mengidam jeruk mangga nie.. Tapi sekarang tak kira perempuan, lelaki sama je, semua suka, beli 2-3 balang pun tak cukup, kejap je habis...Setiap hari ada saja Jeruk Mangga Asam Boi muncul kat timeline Facebook. Terliur tengok...Apakata jom kita cuba buat Jeruk Mangga Asam Boi...Ikut citarasa sendiri..


Bahan-bahan

2-3 biji mangga muda
15-20 biji asam boi
lebih kurang 10 sudu gula
Cili Api (Ikut suka)
sedikit garam ( jika perlu)

Potong buah mangga kecil-kecil  masukkan ke dalam bekas, pastu masukkan gula, kacau sehingga sebati. Bila sudah sebati masukkan pula asam boi, kacau sebati. Jika perlu masukkan sedikit garam.. Siap...

Masukkan ke dalam bekas bertutup dah siap pun jeruk mangga asam boi... pastu masukkan ke dalam peti air selama 4-5 jam untuk bagi sebati, barulah terasa masamnya, manisnya dan pedasnya... 




Resepi Mudah Membuat Jeruk Mangga Asam Boi. Tak susah sebenarnya, janji ada buah mangga..resepi sendiri dan ikut citarasa sendiri..


Sekian wassalam, selamat mencuba....

2 ulasan:

  1. puasa-puasa ni, mengugat kalbu sungguh jeruk asam boi ni... yumm

    Jom Baca: Kurus dengan tingkatkan Leptin

    BalasPadam
  2. baru je buat.. memang terangkat.. hehe.. lagi save buat sndiri kan..
    PROJEK KURUS BERSAMA CIK VITA

    BalasPadam