Ahad, 2 November 2014

Masalah Tumit Pecah

Assalammualaikum wbt & salam sejahtera...


Masalah tumit pecah atau merekah.. Jika pada peringkat permulaan rekahan memang tidak menyakitkan. Tetapi jika dibiarkan, rekahan semakin kuat, boleh menyebabkan rasa sakit dan kemungkinan akan berdarah jika tidak dirawat segera. 


Antara faktor yang menyebabkan tumit merekah:

  • Berdiri terlalu lama di atas permukaan kasar.
  • Obesiti – Kegemukan memberi tekanan berlebihan kepada lapisan lemak pada tumit, menyebabkan ia tersesar ke tepi. Kulit akan pecah jika ia tidak lagi mampu menahan tekanan tersebut.
  • Memakai kasut tidak bertutup belakang juga dikatakan membantu sesaran lapisan lemak dan meningkatkan tekanan pada tumit.
  • Masalah kulit seperti psoriasis atau ekzema.
  • Kelenjar peluh yang tidak aktif.
  • Masalah kaki leper.
  • Memakai kasut yang terlalu ketat.
  • Kencing manis.

Cara mengatasi masalah tumit pecah



1. Rendam tangan dan kaki ke dalam air yang dicampurkan dengan tepung jagung. Bilas selama 5-10 minit.

2. Bakar bawang, hancurkan dan jadikan ia adunan seperti ubat gigi. Sapu pada tumit yang pecah dan basuh selepas 20 minit. teruskan sehingga masalah tumit pecah sembuh.

3. Sebaiknya sapu minyak mustard pada tangan dan kaki yang kasar selepas mandi. Kemudian bilas dengan air bersih dan lap secara lembut.

4. Campur setengah sudu cuka ke dalam setengah gelas dadih. Urut kaki dalam 5 minit dan bilas dengan air bersih.

5. Lilin dan minyak mustard dipanaskan. Kemudian sapu sedikit demi sedikit pada tumit yang pecah. Kemudian pakai stoking semalaman.

6. Mengunakan batu pumis atau kalus juga membantu. Gosok pada tumit sambil selang-seli dengan jus limau nipis. Kemudian bilas dengan air bersih setelah dibiarkan selama 5 minit.

7. Paling elok, amalkan merendam kaki ke dalam baldi yang berisi air campuran dua sudu cuka, satu sudu jus limau nipis dan syampu. Rendam selama 10-15 minit dan gosok dengan batu pumis.

 ***Herba Blend Shaklee insyaallah boleh mengatasi masalah tumit pecah atau rekahan ini. *





Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya melalui sms/whatsap/email :-
Mila Hp: 013-331 0097
Email: mila.baha@gmail.com

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan