Isnin, 24 November 2014

Resepi Puding Caremal Tanpa Telur

Assalammualaikum wbt & salam sejahtera..

Puding Caremal.. Hari cuba buat Puding Caramel tanpa telur.. Puding nie guna serbuk agar-agar untuk gantikan telur. Jom kita tengok bahan2 dan cara nak buatnya..

Puding Caramel tanpa telur

Bahan A

2 senduk gula
1/2 cwn air

Bahan B

1 bungkus agar-agar serbuk
4 cawan air
2 1/2 senduk gula
Bahan C

1 tin susu cair(lebih kurang 400g)
2 sudu makan tepung kastard
1 sdt vanilla
(Campur sebati semua bahan C)As
Cara membuatnya:
1..Hanguskan gula macam buat karamel utk puding karamel yang lain...biasanya saya hanguskan gula terus atas acuan,bila dah warna coklat kemasan tuang sedikit air pastu ketepikan
2.Dalam periuk didihkan bahan B. kecilkan api kemudian masukkan bahan C. kacau rata selama lebih kurang 3 minit @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus.
3.Bekukan sebentar dan hidang. Sedap juga dihidangkan sejuk2..

Ok, selamat mencuba...


Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya melalui sms/whatsap/email :- 
Mila Hp: 013-331 0097 
Email: mila.baha@gmail.com 

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.





1 ulasan: